BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 23, 2011

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda
yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan
tidak kepada seorang jururawat.

Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi
yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan
senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi
tersebut berada dipangkuan.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya
ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata
dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya
dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.

Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan
ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang
lena itu merengek. Doktor bagaimanapun
mengesahkan pendengaran bayi itu normal,
sesuatu yang cukup mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang
tiada cuping telinga itu yang kini telah memasuki
alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata
saya cacat," katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan
pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya
dan dia muncul pelajar cemerlang dengan
menyandang pelbagai jawatan di sekolah.
Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si anak tetap
merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk
Ayah kanak- kanak itu bertemu doktor. "Saya
yakin dapat melakukannya jika ada penderma,"
kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian
bagi mencari penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...

"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu
ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang
penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya
si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta
bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.

Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak
cukup seronok, bagaimanapun dia tidak
mengabaikan pelajaran. Pada usianya lewat 20-an,
si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang
diplomatik.

"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya
ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya
ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-
kali. "Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian
antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.
Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si
anak.

"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil
ibunya mengangguk-angguk. Keadaan terus kekal
menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.

Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak
berdiri di sisi keranda ibunya, perlahan-lahan si
ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.

Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat
kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

"Ibumu tidak pernah memotong pendek
rambutnya," si ayah berbisik ke telinga
anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan
ibumu cacat, dia tetap cantik, pada ayah dia satu-
satunya wanita paling cantik yang pernah ayah
temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa pun
kenalannya."


Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal
tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang
dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi
pengorbanan tanpa diketahui.

Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, cium
tangannya, sentiasa minta ampun darinya,berikan
senyuman kepadanya, bukannya dengan
bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya,
ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI
IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih
sayang kepadanya, "I LOVE YOU MOM! "

hati beri pada tuhan ... mata pandang depan ... kaki terus jalan
Biar rebah jangan berubah, "Biar terbuang terus berjuang".
Senyum mujahid menuju syahid!

"BiLa HaTi DiSiMbAh HiDaYah, MeMbUjUr LaLu MelintAnG PaTah
SeMuAnYa HaBiS KuReDaH, UntuK MeNcArI KeReDhAaN ALLAH"

Wednesday, May 4, 2011



Anuar Zain - Sedetik Lebih

Cute Myspace Generators


semester 3....
macam2 cerita...
cerita aku, mereke, dia dan siapa2...
bulan januari..
berlalu dengan gembira...
20 januari 2011 menjadi saksi...
antara aku dan dia, cinta bertaut tanpa diduga. mahu menyorok, tiada tempat ku mahu lari...
akhirnya terbongkarlah jua kisah kita..
dan hari2 mendatang dengan penuh dugaan dan cubaan...
ku kuatkan semangat menempuh hari-hari bersamanya...


Kawan-kawan...
Maafkan aku andai terleka kerana cinta...
namun apakan dayaku, masing-masing punya komitmen...
ku cuba untuk membahagi kasih bersama, tapi ternyata ku takut kamu semua berkecil hati..
Maafkan aku andai ada yg berkecil hati dengan sikapku...
tapi hatiku tetap ada kamu...
x pernah ku lupa pada semua..
terima kasih pada semua yg byk membantu sem ni...
especially classmate, intan,zila n yoyin... x lpe gk rento...



Tuesday, January 25, 2011

bila terbitnya mentari...

semangat , cinta dan kekuatan datang tiba-tiba. Menyapa lembut ruang hidup insan yang terleka mengejar waktu. Waktu yang berputar menjadi saksi setiap detik perjalanan hidup. Tiada siapa menyangka masa yang berjalan mengubah kehidupan setiap insan, memberi perasaan baru yang sukar diduga, adakah baik atau tidak perjalanan hari esok. Tiada siapa menduga. Kita hanya merancang, tuhan jua lah yang menentukannya. 

Sunday, January 23, 2011

the colours of my life!



Saturday, January 22, 2011

akhirnya kita membina bahagia...

tanpa bicara, tanpa kata, dengan langkah seiringan kita menafsirkan kata hati masing-masing... aku tidak punya apa-apa, tiada yg dapat aku lafazkan utk menyatakan perasaan aku kepadamu. hanya dirimu yang dapat membaca hatiku. setelah puas kita bersenandung selangkah seirama, kau bertanyakan perihal kau dan aku. Apa mungkinkah kita mengiringi langkah bersama menuju hari-hari akan datang. Aku sedaya upaya cuba menyembunyikan getar di dadaku in, akhirnya aku tertewas...

Kau datang mencuri hatiku dan  menyinari hari-hariku. Bagaikan aku tidak berdaya lagi menolak rasa hati ini. Aku ingin selalu dekat dengan kamu. Siang dan malamku sentiasa ada kamu. Berjanji akan menjaga sesama sendiri dan membimbing  ke arah keimanan yang teguh. Sama-samalah kita berusaha memperoleh rahmat dari-Nya. Namun, itu semua kuasa Yang Maha Esa. Usai solat,ku mendoakan kau sentiasa bahagia di sisiku dan keluarga tercinta. Sama-samalah kita meniti hari-hari mendatang yang penuh dugaan ini untuk membina tugu bahagia yang kita idamkan.

Friday, January 21, 2011

kau dan aku

Tiada ku sangka
Bertemu dengan dia
Bersilanglah cara
Mengejar cita
Cita siapa

Aku cuma menurut kata
Orang semata-mata
Jadi saksi segala perilakuannya
Biar ternyata kemahuan ku
Segalanya dalam gapaianku

Kau dan aku
Harus percaya
Menjalin ikatan irama
Kau dan aku
Harus bersama
Walau lain tak serupa
Kau dan aku
Kau dan aku
Sepertimu jua
Aku membawa
Cinta dan cita-cita
Demi
Esok nan indah
Untuk kita bersama
Biar ternyata kemahuanku
Kini segala dalam genggamku
Kau dan aku